
ibu, anugerah llahi yg amat bernilai.. membesarkn anak dgn penuh kasih sayang.. apa yg dlakukan oleh ibu utk anaknya datang dari hati.. tak pernah meminta utk dibalas.. syawal menjelma lagi kini.. 3 tahun sblm ni aku beraya tanpa ibu di sisi.. emm menuntut ilmu yg membatasi segalanya.. cuti yg terbatas dan tmpat kelahiran nun jauh d seberang (cewahh) mengundang rasa pilu kerna tak dapat mengucup tgn ibu d pagi syawal..
tapi, syawal kali ni aku dapat beraya bersama ibu.. gumbira rasa d hati.. lalala.. dapat berkumpul bersama adik beradik seramai 10 org menyambut hari yg mulia bersama-sama.. pasti meriah.. namun insan yg telah tiada tetap tidak akan dilupa.. pusara arwah ayah akan kami kunjungi diiringi dengan doa agar ayah selamanya mendapat rahmatNya..
pada syawal kali ni, keronsang biru akan ku hadiahkan pada ibu.. keronsang biru sebagai tanda kasih dan ingatanku pada ibu.. walaupun pemberian yg kecil, namun amat besar maknanya.. kenape biru? emm biru warna kegemaran ibu.. warna kelembutan dan keikhlasan hati seorang ibu selama mendidik kami 10 adik beradik sehingga besar cam skrg ni.. sampai ada yg terlebih besar kerana terlebih makan.. hehe.. xpe2.. sihat2..
semoga ibu gembira menyambut syawal nanti.. bersama dengan anak-anak dan cucu-cucu yg comel.. doaku pasti selalu mengiringi.. nama ibu selamanya terpahat di hati sebagai insan yg sangat ku cintai.. nasihat ibu sebagai panduan menjadi pedoman menuju kejayaan abadi.. maafkan segala kesilapan diri yg kadang kala leka namun telah ku insafi.. tak kan ku ulangi kerna dirimu anugerah tak ternilai dari llahi..
buat semua sahabat handai, salam lebaran untuk semua.. maafkan segala kesilapan diriku andai ada hati yang terluka kerana perbuatan yang tidak disengajakan.. aku cuma insan biasa yang tak lepas daripada mengikut kata hati.. semoga lebaran kali ini akan menjadikan kita untuk lebih bersyukur dengan nikmat kurniaan daripada yang Esa.. salam lebaran untuk semua.. salam
4 comments:
Nur anak yg baik. semoga nanti menjadi seorang ibu yang lebih baik walau ibu Nur sudah terbaik.
kasih dan pengorbanannya tidak minta di balas. teruskan berbuat baik selagi hayatnya masih ada.
Terima Kasih.. Kasih ibu membawa ke syurga.. Kasih ayah selamanya bermakna..
wa.. ank yg baik... hehehehe...
baik lah jugak sikit2.. hehe
Post a Comment