THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Wajah Kesayangan Hamba


Siapa NurQaseh?

My photo
Sarawak, Johor, Perak.., Malaysia
Saya Budak Baru Belajar.. huk huk..

Wednesday, March 31, 2010

Syukur,, Hadir jua akhirnya..


syukur atas perkenalan kita.. jujur dalam berkata-kata,, sopan dan halus budi bicara.. ketelusannya membuatkan aku terpesona.. pertama kali bersua hati terus berkata aku suka dia.. arghh,, ingatkan aku kurang waras seketika.. tapi entah.. hati berkata ya..

mata menatap memberi ketenangan pada hati.. sejuk macam ais kat dalam peti.. tak boleh jadi ni,, lain macam jer.. apo nak buat ni..

tanye hati dan mintak petunjuk llahi,, sahih lah ada yang istimewa dalam diri dia ni.. kami telus bila berbicara soal hati,, kawan penah cakap kalau nak jatuh cinta dalam sekelip mata itu bukan yang mustahil kalau itulah jodoh kita..

hati boleh rasa
.. serasi dan sejiwa.. kenal lama kalau hati kata takde rasa cinta pun tak mustahil jugak.. kenal lama bukan modal untuk kita mudah jatuh cinta..

kita boleh beza sendiri perasaan yang hadir dalam hati.. kenal dia bukan lama pun,, tapi cam ada kimia.. chemistry lah tu.. huhu..

mula2 jumpe aku tunjukkan siapa aku yg sebenar.. gile2, suke gelak, slumber, suke senyum, tapi masih sopan santun.. dia pun 2x 5 ngan aku.. manis sehh kalo dia senyum.. mencairkan hati nurani.. haha..

perkenalan kami secara kebetulan,, pertemuan kami pun secara kebetulan.. kami tak rancang.. apa yang tak dirancang, itulah yang datang.. aku yakin ada hikmah istimewa yg tersembunyi atas perkenalan kami..

aku ni jenis manusia yang mudah menyesuaikan diri.. ikhlas dalam memberi kerna segalanya datang dari hati.. apa yang ku harapkan, segalanya akan berkekalan.. kerna hati semakin yakin, pemimpin yang ku cari telah ku temui.. walaupun ada sedikit kesilapan, mohon diampunkan..

agar segalanya dipermudahkan untuk kami menuju cahaya kebahagiaan.. Ya Allah, ku bersyukur andai dia yang kau kurniakan untukku.. pimpinlah hati kami,, tuntunlah jiwa kami menuju syurgaMu yang abadi.. ikhlas ku menyintai.. jujur ku menyayangi..

Zaim_@h
~~(♥_♥) ~ ~

Saturday, January 23, 2010

Dahi Cecah Ke Sejadah...


Dahi cecah ke sejadah
Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan,
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutup dengan kain kafan yg serba putih,
Pada waktu itu tiada lagi guna bersedih,
Walaupun orang yg hadir merintih..

Selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai,
Lalu dilakukan solat jenazah,
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam,
Beserta fatihah, selawat dan doa, sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah..

Tapi adakah 4 kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat??
Adakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah luput??
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian..

Justeru ku menyeru,
Usunglah dirimu ke tikar solat,
Sebelum kamu diusung ke liang lahad,
Menjadi makanan cacing dan ulat..

Usunglah dirimu ke masjid,
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa,

Sucikanlah dirimu sebelum dirimu disucikan,

Sedarlah dirimu sebelum dirimu disedarkan,
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan..


Berimanlah sebelum kamu ditalkinkan,
Kerana ia berguna untuk yg tinggal bukan yg pergi,
Beristigfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan,
Namun ketika itu istigfar tidak menyelamatkan..

Ingatlah di mana saja kamu berada,
Kamu tetap memijak bumi Tuhan,

Serta menikmati rezeki Tuhan,

Justeru bila Dia menyeru,

Sambutlah seruanNya,

Sebelum Dia memanggilmu,
Buat kali yang terakhir..


Ingatlah kamu dahulu ialah setitis air yang tidak beerti,
Lalu menjadi segumpal darah,
Lalu menjadi seketul daging,
Lalu daging itu membaluti tulang,
Lalu jadilah manusia yang beerti,
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu,
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu..

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu yang lebih agung daripada malaikat,
Lahirmu bukan untuk dunia,
Tapi gunalah ia untuk melayari bahtera akhirat,

Sambutlah seruan dengan penuh rela dan bersedia,

Ingat yang kekal ialah amal,

Menjadi bekal di perjalanan..


Bila kembali ke pangkuan Tuhan,
Pada hari itu tidak berguna harta, tahta dan putera,
Isteri, kad kredit dan kereta,
Kondo, saham dan niaga,
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia..

Memikirkan entri terbaru untuk dikongsi bersama kalian, zaimah terperasan satu kertas yang masih tersimpan rapi dalam fail sejak 4 tahun yang lepas.. kata2 ‘dahi cecah ke sejadah’.. zaimah ambik kata2 ni daripada radio ikim.. Peminat radio ikim pasti suatu ketika dahulu pernah mendengar bait2 kata ini.. kalau dengar tgh2 malam comfem blh menitiskan air mata.. Bait2 kata yang penuh dengan makna tersendiri bagi umat lslam.. Zaimah adalah antara peminat kata2 kalimat tersurat yg penuh dengan makna tersirat ini.. daripada simpan dalam fail, baik zaimah taip untuk tatapan semua kan..

(♥_♥) INGATAN BERSAMA (♥_♥)
-indahnya hidup bersama Islam-

Thursday, January 14, 2010

1001 Hikayat Cuti.. (★_★)

(★_★) Suka suki 1(★_★)

Sebelum praktikum, cuti panjang ler jawapnyer.. lebih kurang dalam 2 bulan sebelum “kembali ke sekolah” 18 Januari nanti..
Cam biasa bila cuti semester destinasi pertama zaimah tuju pontian, johor..
2 minggu dok bertapa kat pontian zaimah terbang balik srawak..
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
Jumpe mak yg baru nak sihat.. Bile sihat terus melancong g Sabah..
Rehat yer mak.. Tersenyum sendiri dengar cerita mak..
Gembira dia dapat jalan2..
Rehatkan badan tgk pemandangan Gunung Kinabalu..

Pengajaran :
Balik lah kampung jumpe org tua kalau ada masa..
Takde masa pun curik2 lah masa untuk mereka..
Pasti mereka gembira yg tak terhingga.. hehe
Bagi anda yg telah tiada ibu dan bapa atau salah seorang daripadanya, doalah agar mereka ditempatkan dlm kalangan org beriman dan bertaqwa.. Siapalah kita tanpa mereka..

(★_★) Suka Suki 2 (★_★)

Balik srawak jugak zaimah nak jumpe seorang teman yg teringin nak jumpe zaimah cz lama tak dgr khabar berita..
Saje nak tunaikan janji utk jumpa dia..
Zaimah manusia yg berpegang pd janji..
Kalau ada yg mengingkari itu antara anda dengan llahi..

Manusia cepat berubah.. Zaimah tak salahkan dia atas ape yg berlaku..
Mungkin hanya gurauan untuk mengisi kekosongan hati..
Zaimah doakan yg terbaik utk dia.. Hanya itu yg termampu..
Moga dia bahagia di dunia dan akhirat.. Mendapat redha llahi dan diberi kekuatan utk terus tabah menempuh kehidupan..
Dipertemukan dengan insan pilihan yang terbaik agar sempurna sebuah pelayaran kehidupan sebagai seorang lelaki beriman..
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
Hanya satu yang dikesalkan, hadiah sempena hari lahirnya tak dapat zaimah beri.. Mungkin tak diizinkan.. Takpe, hadapi dengan senyuman kerna aku punya kekuatan.. Cayalah zaimah..
(^_^) (♥_♥) Ngee Ngee (♥_♥) (^_^)

Pengajaran :
Hidup ni berpeganglah pada janji.. Andai gagal merealisasi, pasti akan mengguriskan hati.. Niat suci jangan sampai disalaherti.. Andai cakap tak serupa bikin, huh pikir lah sendiri.. Biar Allah yang mengadilinya nanti..

(★_★) Suka Suki 3 (★_★)

Biasalah cuti, kalau bosan on9.. Kalau tak melekat bc blog org, zaimah bergaduh manje manji ngan sahabat kat fb.. hehe..
Saje suka suki.. Kat fb jumpa balik sahabat baru dan lama..
Sahabat sekolah rendah yg berbelas tahun dah tak jumpe..
Sahabat sekolah menengah St Augustine dan Sri Perhentian..
Sahabat kat Sarawak, Johor dan Perak..
Sahabat UPSI.. Sahabat adik2 ku..
Jumpe sedara mara.. Org2 kampungku dan kampung sebelah.. hehe
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
Jumpe cikgu cikgi yg masih zaimah ingati dan sorang budak ni (jgn maree) yg zaimah jadikan dia adik angkat.. huhu..
Ingat dik, jangan memuji sebelum menguji.. Kerna aku hanya insan yg masih mencari hikmah tersembunyi setelah lelah diuji selama menjadi hambaNya di atas muka bumi.. InsyaAllah akan ku temui jawapannya sedikit masa lagi.. Atau aku punya kekuatan tersendiri utk menghadapi?? hehe

Errmm tak penah terpikir nak ada adik angkat.. Berani dia nak jadikan zaimah kakak angkat.. Tak kenal lagi zaimah siapa.. Ada berani?? Haha.. Gurau jer.. Jgn risau akak ni baik.. hehe
Ape pun, selamat berjaya dalam kehidupanmu di dunia dan juga akhirat..
Ada hikmah atas setiap pertemuan.. Ada ketentuan atas setiap jalinan persahabatan..
Yang penting ikhlas di hati, pasti selamanya diredhai..

Pengajaran :
Kalau nak jumpe balik kawan2 lama joinlah fb.. hehe.. Sampai ada sorang kawan tu jumpa buah hati kat fb.. februari depan bertunang.. tahniah.. Semoga sampai ke jinjang pelamin.. Zaimah bahagia andai sahabat bahagia..
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Monday, January 4, 2010

Salam Bicara 2010

2010 ku mengharapkan untuk terus berjaya dalam kehidupan.. Tahun untuk melihat hasil perjuangan menuntut ilmu di perantauan.. Moga terus disinari petunjuk oleh Tuhan..

Tahun yang ku rasakan peluang diberi oleh Allah untuk aku memperbetulkan kesilapan semalam..

Agar zikrullah dalam setiap perbuatan.. Redha dengan segala ketentuan..

Mendambakan segalanya sempurna tanpa terabai.. Kerna perjuanganku masih lagi belum usai..

Mohon segalanya nyata tanpa ada lagi dusta..


(^-^) Zaimah akan hadapi 2010 dengan senyuman.. Cayalah (^-^)


Selamat Tinggal 2009

Selamat tinggal 2009

Tidak terlewat rasanya untukku mengucapkan selamat tahun baru kepada semua.. Entri ini aku tulis saat akan berakhirnya tahun 2009.. Lebih kurang dalam 5 jam lagi.. Saje suka suki..
2009 berlalu pergi, 2010 akan mengganti..

Syukur atas segala anugerah kekuatan dan ketenangan yg diterima daripadaNya sejak dari mula lahir ke dunia.. Hikmah dan nikmat kehidupan yang tiada tolok bandingan..

Juga syukur atas anugerah keafiatan yg memudahkan kita menjalani kehidupan seharian.. Alhamdulillah..

Moga aku akan terus mendapat pimpinanNya ke arah keampunan, pengabdian,kebenaran dan ketaatan yang berkekalan hingga akhir nafasku hidup di atas muka bumiNya..

2009 menyingkap 1001 kisah dalam hidupku.. Tahun yang aku rasakan terlalu banyak cerita selama hidup di atas muka bumi Allah.. Cerita bersama teman dan juga keluarga.. Cerita yang telah berakhir.. Cerita yang baru hendak bermula..

Segalanya terungkap dalam satu tema kehidupan hingga tak mampu hendak ku luah denga kata-kata.. Biarlah rahsia kata siti nurhaliza.. hehe

Kisah suka, duka , manis, pahit, bahagia.. Pertemuan dan perpisahan.. Kejayaan dan kegagalan .. Segalanya realiti kehidupan.. Membuatkan aku meningkatkan manis dalam senyuman.. lalala~

Tahun yang menjadikan aku insan tabah dan redha dengan takdir llahi..

Tahun yang membuatkan aku sedar tentang kesilapan diri..

Tahun 2009 juga menggoyahkan sedikit kekuatan hati saat diri diuji oleh insan yang aku sayangi..

Biarkan berlalu kerna aku akan melupakan segalanya.. Moga diberi kekuatan oleh yang Maha Esa..

GraphicsGraphicsGraphicsGraphics

p/s : 2009 tahun zaimah mula join sekaki tulis blog hanya utk suka suki berkongsi, juga tahun terindah bersama teman2 di UPSI dan segalanya tinggal kenangan kini..


Sunday, November 22, 2009

UPSI & Tanjong Malim, Perak saksi sebuah perjuangan..


(Ibu Kandung Suluh Budiman)

(Kolej kediaman Za'ba Blok D)

(Tanjong Malim akan ku tinggalkan)

(Universiti Pendidikan Sultan Idris saksi sebuah perjuangan)

Minggu terakhir berada di UPSI, ibu kandung suluh budiman yang aku sayangi dipenuhi dengan xtvt utk persediaan menghadapi praktikum awal tahun depan.. walaupun fikiran melayang memikirkan kesihatan ibu, hanya doa yang mampu aku pohon pada Allah.. semoga kesihatannya beransur pulih.. sabarlah nasihat seorang insan yg baru aku ketemui kembali di fb.. ingat lagi dia kat aku.. 4 tahun lebih kami lost contack.. takdir Allah tiada siapa yang mampu menduga.. dirimu masih ku ingati.. gumbira kita bersua kembali.. ukhwah selamanya di hati..
<a href=
taklimat serta bengkel ngan kekawan dan lecture yg sporting.. emmm cedih nak tinggalkan UPSI.. tempat yang menjadikan aku dekat denganNya, insan tabah bila duka melanda, insan cekal bila hati kecewa.. berat rasa hati untuk melangkah pergi.. tapi hidup perlu diteruskan, perjuangan mendidik anak bangsa tanggungjawab yang mesti aku tunaikan.. moga dipermudahkan oleh yg Maha Esa..

Alhamdulillah, syukur segalanya berjalan dengan sempurna sepanjang perjuangan menuntut kejayaan.. menuntut ilmu dan menjadi insan berjaya amanah keluarga yang aku laksanakan.. berkat doa keluarga onak duri sebagai siswi aku hadapi sebagai cabaran kehidupan di sini.. walaupun terkadang aku leka, namun pantas aku sedar dari lamunan.. harapan mereka yang ingin melihat aku berjaya tak akan aku sia siakan..

Kenangan selama menjadi anak ibu kandung suluh budiman akan rapi ku simpan di ingatan hingga akhir hayat.. kenangan bersama kekawan yg aku sayangi.. ingatilah aku sebagai teman yg pernah hadir dalam hidup kalian.. kenangan bersama pensyarah yang dedikasi.. terima kasih atas segala ilmu yg telah dicurahkan.. segalanya akan kami jadikan sebagai pedoman mendidik anak bangsa.. maaf kalau terlewat datang kelas.. terlambat hantar x-simen.. tersasul tutur kata.. terkurang budi bicara.. huhu..
<a href=
Fakulti sains kognitif dan pembangunan manusia, major ijazah sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak, minor pendidikan sekolah rendah begitu dekat dengan diri sepanjang menjadi seorang siswi.. segalanya akan ku rindui.. kolej kediaman Za’ba, kedai makan kak ida, kedai makan pak cik kamal, taman bahtera antara tempat yg sebati dengan diri.. sungai samak tempat berendam ngan kekawan bila tensen tahap gaban.. haha.. segalanya kini hanya kenangan..

Tanjong Malim menjadi saksi perjuang aku menuntut kejayaan.. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan kembali.. tahniah ku ucapkan pada diri kerna berjaya sampai ke tahap ini.. teruskan perjuangan kerna aku insan harapan.. lepas ni cuti semester dalam sebulan lebih sebelum mula praktikum 18 Januari 2010 di SK RASA, Hulu Selangor.. InsyaAllah cuti ni balik Sarawak.. rindu sesangat kat bonda raniah.. rindu nak menziarah pusara arwah ayah.. kesimpulannya di sini (cam nk buat karangan plak.. hehe), kehidupan mesti diteruskan, hadapi saja dengan senyuman.. syukur atas segala kurniaan.. aku sayang UPSI, aku sayang Tanjong Malim, kerana yang pasti segalanya bermula di sini~
<a href=
cangratulation Hazarruzaimah Bt Semain.. cayalah~


Friday, November 13, 2009

Apakah yang sanggup dikorbankan untuk cinta??

(aidil.. tabah orgnye~)

(adam.. berubah akhirnye~)

(nur.. suke watak die~)



~Nur Kasih~

Pasti ramai yang meminati drama Nur Kasih.. Aku pun adalah antara peminat setia drama Nur Kasih.. Aku mendapat ilham untuk memberi nama blog ini pun daripada drama Nur Kasih.. Kisah yang dipaparkan dekat dengan bayang-bayang kehidupan.. Jalan cerita yang menceritakan realiti kehidupan dalam mencari erti sebenar keikhlasan cinta manusia, erti sebenar cinta hakiki yang Maha Esa..

Nur Kasih banyak menceritakan erti sebuah pengorbanan.. Pengorbanan ayah untuk mendidik anaknya menjadi insan kebanggaan, pengorbanan bonda yang tiada tolok bandingan, pengorbanan seorang abang tanpa ada rasa sedikit pun penyesalan dan pengorbanan wanita untuk memiliki cinta manusia dengan bersandar kepada keredhaan Tuhan..

Nur Kasih sarat dengan melodi kasih sayang.. Berirama tika hati bersulam cinta mendendangkan lagu kedamaian.. Kasih sayang hakiki Allah pada hambanya, kasih sayang abadi dua insan bergelar ayah dan bonda, kasih sayang suci dua hati yang bersatu menjalin hubungan halal di sisiNya..

Nur Kasih turut memaparkan kisah penyesalan insan yang menyedari kesilapan diri tika hati ingkar untuk mengingati llahi.. Penyesalan yang melahirkan bibit kebahagiaan.. Penyesalan yang akhirnya membuka mata untuk tidak menghukum seseorang di atas satu kesilapan, sedangkan dalam dirinya terdapat sejuta lagi kebaikkan.. Inilah kata-kata yang ku pegang bersandarkan kepada sebuah pengalaman.. Kita hanya manusia biasa yang tak lepas daripada melakukan dosa..
<a href=
“cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya, kisah silam tidak perlu diungkit lagi jika kita benar-benar ikhlas mencintainya setulus hati”
“apa lagi perlu ku laksanakan untuk kau selami dan mengerti perasaan.. jika ku masih gagal meyakinkan sebuah keikhlasan, khabarkanlah padaku wahai insan”
Graphics ~nurkasihzaimah.blogspot.com~ Graphics

Friday, October 30, 2009

Salam Kejayaan Dalam Peperiksaan..

~salam peperiksaan dpd NurQaseh_Zaimah~

(selamat exam semua)

alam belajar dengan peperiksaan tidak boleh dipisahkan.. emm skrg ni musim peperiksaan bagi kami pelajar UPSI dan mungkin bagi anda jua di luar sana.. peperiksaan kali ini merupakan peperiksaanku yang terakhir setelah hampir 3 tahun setengah menuntut ilmu utk mendidik anak bangsa nanti di UPSI.. selepas ini praktikal.. alhamdulillah sebelum ini keputusan tidak pernah mengecewakan.. usaha tangga kejayaan..
<a href=

(ucapan utk diri sendiri)

seperti biasa utk menaikkan mood final, ucapan kejayaan daripada rakan2 membakar lagi semangat utk melakukan yang terbaik.. harapan keluarga yang mengharapkan kejayaanku.. doakan kejayaanku di sini.. utk rakan2 semester 7 PAKK minor Pendidikan Khas or Pendidikan Sekolah Rendah, lakukan yang sehabis baik.. juga utk sahabat yang lain.. ku doakan semoga kejayaan menjadi milik kita bersama.. kitakan guru BITARA..

<a href=

(slip exam di samping gambar arwah ayah)

final kali ni, zaimah perlu duduki 6 peperiksaan (coz 6 subjek).. bermula 5 Nov sampai 17 Nov.. emm zaimah akan lakukan yang terbaik.. cayalah zaimah.. hadapi dengan senyuman..
apa pun berserah pada Allah.. ni adalah doa yg boleh kita amalkan bersama.. moga langkah kaki memasuki dewan peperiksaan akan lebih bersemangat.. usaha, doa, tawakal.. Allah akan menganugerahkan yang terbaik utk setiap hambaNya..

<a href=<a href=







~selamat berjaya kawan-kawan~