THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Wajah Kesayangan Hamba


Siapa NurQaseh?

My photo
Sarawak, Johor, Perak.., Malaysia
Saya Budak Baru Belajar.. huk huk..

Saturday, January 23, 2010

Dahi Cecah Ke Sejadah...


Dahi cecah ke sejadah
Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan,
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutup dengan kain kafan yg serba putih,
Pada waktu itu tiada lagi guna bersedih,
Walaupun orang yg hadir merintih..

Selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai,
Lalu dilakukan solat jenazah,
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam,
Beserta fatihah, selawat dan doa, sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah..

Tapi adakah 4 kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat??
Adakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah luput??
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian..

Justeru ku menyeru,
Usunglah dirimu ke tikar solat,
Sebelum kamu diusung ke liang lahad,
Menjadi makanan cacing dan ulat..

Usunglah dirimu ke masjid,
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa,

Sucikanlah dirimu sebelum dirimu disucikan,

Sedarlah dirimu sebelum dirimu disedarkan,
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan..


Berimanlah sebelum kamu ditalkinkan,
Kerana ia berguna untuk yg tinggal bukan yg pergi,
Beristigfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan,
Namun ketika itu istigfar tidak menyelamatkan..

Ingatlah di mana saja kamu berada,
Kamu tetap memijak bumi Tuhan,

Serta menikmati rezeki Tuhan,

Justeru bila Dia menyeru,

Sambutlah seruanNya,

Sebelum Dia memanggilmu,
Buat kali yang terakhir..


Ingatlah kamu dahulu ialah setitis air yang tidak beerti,
Lalu menjadi segumpal darah,
Lalu menjadi seketul daging,
Lalu daging itu membaluti tulang,
Lalu jadilah manusia yang beerti,
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu,
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu..

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu yang lebih agung daripada malaikat,
Lahirmu bukan untuk dunia,
Tapi gunalah ia untuk melayari bahtera akhirat,

Sambutlah seruan dengan penuh rela dan bersedia,

Ingat yang kekal ialah amal,

Menjadi bekal di perjalanan..


Bila kembali ke pangkuan Tuhan,
Pada hari itu tidak berguna harta, tahta dan putera,
Isteri, kad kredit dan kereta,
Kondo, saham dan niaga,
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia..

Memikirkan entri terbaru untuk dikongsi bersama kalian, zaimah terperasan satu kertas yang masih tersimpan rapi dalam fail sejak 4 tahun yang lepas.. kata2 ‘dahi cecah ke sejadah’.. zaimah ambik kata2 ni daripada radio ikim.. Peminat radio ikim pasti suatu ketika dahulu pernah mendengar bait2 kata ini.. kalau dengar tgh2 malam comfem blh menitiskan air mata.. Bait2 kata yang penuh dengan makna tersendiri bagi umat lslam.. Zaimah adalah antara peminat kata2 kalimat tersurat yg penuh dengan makna tersirat ini.. daripada simpan dalam fail, baik zaimah taip untuk tatapan semua kan..

(♥_♥) INGATAN BERSAMA (♥_♥)
-indahnya hidup bersama Islam-

0 comments: