


Alhamdulillah, syukur segalanya berjalan dengan sempurna sepanjang perjuangan menuntut kejayaan.. menuntut ilmu dan menjadi insan berjaya amanah keluarga yang aku laksanakan.. berkat doa keluarga onak duri sebagai siswi aku hadapi sebagai cabaran kehidupan di sini.. walaupun terkadang aku leka, namun pantas aku sedar dari lamunan.. harapan mereka yang ingin melihat aku berjaya tak akan aku sia siakan..
Kenangan selama menjadi anak ibu kandung suluh budiman akan rapi ku simpan di ingatan hingga akhir hayat.. kenangan bersama kekawan yg aku sayangi.. ingatilah aku sebagai teman yg pernah hadir dalam hidup kalian.. kenangan bersama pensyarah yang dedikasi.. terima kasih atas segala ilmu yg telah dicurahkan.. segalanya akan kami jadikan sebagai pedoman mendidik anak bangsa.. maaf kalau terlewat datang kelas.. terlambat hantar x-simen.. tersasul tutur kata.. terkurang budi bicara.. huhu..

Fakulti sains kognitif dan pembangunan manusia, major ijazah sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak, minor pendidikan sekolah rendah begitu dekat dengan diri sepanjang menjadi seorang siswi.. segalanya akan ku rindui.. kolej kediaman Za’ba, kedai makan kak ida, kedai makan pak cik kamal, taman bahtera antara tempat yg sebati dengan diri.. sungai samak tempat berendam ngan kekawan bila tensen tahap gaban.. haha.. segalanya kini hanya kenangan..
Tanjong Malim menjadi saksi perjuang aku menuntut kejayaan.. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan kembali.. tahniah ku ucapkan pada diri kerna berjaya sampai ke tahap ini.. teruskan perjuangan kerna aku insan harapan.. lepas ni cuti semester dalam sebulan lebih sebelum mula praktikum 18 Januari 2010 di SK RASA, Hulu Selangor.. InsyaAllah cuti ni balik Sarawak.. rindu sesangat kat bonda raniah.. rindu nak menziarah pusara arwah ayah.. kesimpulannya di sini (cam nk buat karangan plak.. hehe), kehidupan mesti diteruskan, hadapi saja dengan senyuman.. syukur atas segala kurniaan.. aku sayang UPSI, aku sayang Tanjong Malim, kerana yang pasti segalanya bermula di sini~

2 comments:
Cantiknya blog. Salam singgah dan tumpang mengikuti.
salam.. syukran.. sekadar ingin berkongsi..
Post a Comment